Sekapur Sirih Seulas Pinang

September 16, 2008

Vespa berwarna hijau pucuk pisang meredah denai desa meninggalkan debu kecil di belakangnya. Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun berdiri di antara penunggang dan ‘handle’ vespa, di atas pelantar. Angin yang agak keras menampan muka dan mengusai rambut sikecil. Vespa itu membeluk ke laman sebuah rumah kayu dan berhenti. Penunggangnya yang berusia akhir 40an memberi salam.

“Waalaikum salam,” sahut seorang lelaki dengan kepalanya terjengul pada jendela. “Ha, naik Ustaz,” pelawanya.

“Naik? Tak pa la, kot?” jawab Ustaz Hamid sambil tersenyum. Walau bagaimanapun beliau sudahpun menongkat vespanya dengan kemas, kemudian melangkah ke arah rumah tersebut. Kanak-kanak yang bersamanya tadi mengekori dari belakang.

“Apa halnya pesan suruh saya singgah?” orang yang digelar ustaz Hamid bertanya.

“Macam ni…” tuan rumah mengengsot rapat ke depan datuk Demang yang sedang bersila itu. Pelan-pelan Demang yang ‘rajin’ mengikutnya ‘mengubat orang’ memasang telinga… Nak tahu apa yang Demang dengar? Teruskan mengikuti pengalaman Demang seterusnya.